Rabu, 21 September 2016

Jom Baca 10 Minit Dan Jejak Maklumat

Seramai 20 orang pengawas PSS SMK Seberang Jaya telah menyertai Program Jom Baca 10 Minit sempena Hari Hak Cipta Sedunia pada 26 April yang lalu. Aktiviti dijalankan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya. Program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Pada masa yang sama berlangsung juga pertandingan jejak maklumat dan berjaya menduduki tempat ke dua dan dua saguhati.








Aktiviti Galakan Membaca- 10 Minit Membaca Bersama (15 Jun 2016)





Sabtu, 23 Mei 2015

MAJLIS ANUGERAH NILAM DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2015



Pada 6 April 2015 , PSS telah mengadakan Perasmian Majlis Anugerah Nilam dan Kempen Galakan Membaca 2015 . Majlis ini telah diadakan bagi menggalakkan para pelajar supaya menerapkan budaya membaca di dalam diri .

PSS juga turut mengadakan sesi penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai tahap JAUHARI melalui program NILAM pada tahun 2014. Antara pelajar-pelajar yang menerima anugerah tersebut ialah

  1. AMY ZALIKHA BINTI MOHD SOFIAN (5SC)
  2. THENMALAR A/P RUKKUMARAN (5SC)
  3. LIM CHUN KEAT (3SC)
  4. DHEEBAN A/L RAJENDRAN (3SC)
  5. TAN SHYER LIANG (3SC)
  6. NUR JANNAH NADHIRAH BT YAZIB (3SC)
  7. NUR SHAFIQAH HUSNA BT AHMAD FAUZI (3SC)
  8. THIVIYA A/P THANABALA SINGAM (3SC)
  9. NUR SHUHADA BT SUHAIMI (3A)
Bagi penyampaian Anugerah Tokoh NILAM tahun 2014, anugerah tersebut disandang oleh AMY ZALIKHA BINTI MOHD SOFIAN dari kelas 5SC. Beliau pernah menggondol Naib Johan Anugerah Pembaca Tebanyak bagi peringkat PKG Seberang Jaya bagi Kategori Sekolah Menengah pada tahun yang lalu.

Seterusnya, turut diadakan penyampaian hadiah bagi pengunjung setia PSS pada tahun yang lalu.
Bagi kategori guru disandang oleh ENCIK PISAL BIN MANSOR manakala bagi kategori pelajar diterima oleh NOOR SABRINA BT ZULKIFLI (2SC).

Akhir sekali, penyampaian anugerah dan hadiah tersebut diharapkan dapat menjadi motivasi kepada para pelajar untuk sama-sama menjayakan program-program yang dianjurkan oleh PSS.

Jumaat, 6 Mac 2015

Penutupan Pusat Akses

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua pelajar SMKSJ yang dikasihi ,

Pusat Akses akan ditutup pada minggu hadapan, (9-11 Mac 2015 - Menengah rendah)  dan (9-13 Mac 2015-Menengah Atas). Oleh itu, sebarang tempahan bagi menggunakan kemudahan ICT di Perpusatakaan perlu dipinda dan dirujuk kepada GPM PSS SMKSJ.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Sekian Harap maklum...

Selasa, 3 Mac 2015

Notis Penutupan Pusat Sumber

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada seluruh warga SMK Seberang Jaya dan Pustakawan PSS,

PSS akan ditutup pada 3/3/2015 dan 5/3/2015 berikutan PSS dijadikan bilik kuarantin bagi Pertandingan Perbahasan ala Parlimen Kelompok M1. Selain itu, PSS juga akan ditutup pada 6/3/2015 berikutan hari Merentas Desa peringkat SMK Seberang Jaya.   Oleh itu , para pustakawan tidak perlu bertugas pada hari-hari yang dinyatakan serta guru yang telah menempah untuk menggunakan kemudahan PSS bagi PdP hendaklah dipinda pada tarikh yang lain dan para pelajar dilarang memasuki kawasan PSS pada hari-hari berkenaan.

Lantaran itu PSS akan dibuka semula pada 9/3/2015.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSS SMK Seberang Jaya

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada warga SMKSJ,

Portal ini akan menyediakan pelbagai informasi berkenaan aktiviti dan hal ehwal PSS sekolah. Diharap pelajar dan guru SMKSJ dapat memberi sokongan yang berterusan bagi menjayakan laman rasmi PSS ini.

Sekian, Terima Kasih

NUR SHAHANEEM BINTI SALIM,
Guru Perpustakaan dan Media,
SMK Seberang Jaya,