Jumaat, 6 Mac 2015

Penutupan Pusat Akses

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua pelajar SMKSJ yang dikasihi ,

Pusat Akses akan ditutup pada minggu hadapan, (9-11 Mac 2015 - Menengah rendah)  dan (9-13 Mac 2015-Menengah Atas). Oleh itu, sebarang tempahan bagi menggunakan kemudahan ICT di Perpusatakaan perlu dipinda dan dirujuk kepada GPM PSS SMKSJ.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Sekian Harap maklum...

Selasa, 3 Mac 2015

Notis Penutupan Pusat Sumber

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada seluruh warga SMK Seberang Jaya dan Pustakawan PSS,

PSS akan ditutup pada 3/3/2015 dan 5/3/2015 berikutan PSS dijadikan bilik kuarantin bagi Pertandingan Perbahasan ala Parlimen Kelompok M1. Selain itu, PSS juga akan ditutup pada 6/3/2015 berikutan hari Merentas Desa peringkat SMK Seberang Jaya.   Oleh itu , para pustakawan tidak perlu bertugas pada hari-hari yang dinyatakan serta guru yang telah menempah untuk menggunakan kemudahan PSS bagi PdP hendaklah dipinda pada tarikh yang lain dan para pelajar dilarang memasuki kawasan PSS pada hari-hari berkenaan.

Lantaran itu PSS akan dibuka semula pada 9/3/2015.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSS SMK Seberang Jaya

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada warga SMKSJ,

Portal ini akan menyediakan pelbagai informasi berkenaan aktiviti dan hal ehwal PSS sekolah. Diharap pelajar dan guru SMKSJ dapat memberi sokongan yang berterusan bagi menjayakan laman rasmi PSS ini.

Sekian, Terima Kasih

NUR SHAHANEEM BINTI SALIM,
Guru Perpustakaan dan Media,
SMK Seberang Jaya,